Monday, August 24, 2009

'mix and match'




polyvore.com






Sebelum menutup aurat beberapa tahun yang lepas, fashion terkini sentiasa menjadi perhatian saya. 'Boho' menjadi tumpuan utama.
Alhamdulillah kini saya telah bertudung...
Namun,sesekali saya janggal mengenakan busana. Mujurlah lately banyak sekali blog dan website yang memaparkan gaya muslimah yang trendy dan yang paling utama selaras dengan perintahNya. Disini saya kongsikan colage kegemaran yang dikutip dari merata blog dan wesite. Mudah-mudahan anda turut menyukainya...sekadar 2sen dari saya!!!

A night out with hubby

my little black dress

Sumber: welovehijab.com


  • Elegant kan? tapi high heels tu kena tukar yg rendah ..
    sesuai dengan syarat penutupan aurat seorang muslimah

"Narrated by Abu Sa’eed Al Khudri, Allah’s Apostle said :"A Jewish women used to put two wooden legs to lengthen her shoes, so that no one could recognise her, for she was very short.The Prophet forbade this action that is a kind of cheating others with the same intensity that he cursed plucking the eyebrows."

http://ilovehishmatheblog.blogspot.com/2009/04/high-heels-can-negate-ones-hijab.html

  • scarf,shawl atau apa jua tudung perlu yang lebih besar utk menutup bahagian dada....

And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their adornment except what is apparent of it, and to extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms (jaybs)............... (Surah An Nur : 31)

Alhamdulillah kini saya saya juga suka sangat dengan tudung yg extra labuh dan agak lebar (syukur ;D)

--Yang ni saya mix and match sendiri..saja suka-suka--

Shopping time!!! I'd prefer long sleeve shirt..











Sumber:

hijabifashionista

--nice scarf--





Sunday, August 16, 2009

Kenapa Nak Tau?





Hari itu saya kuatkan hati untuk mengunjungi Miss Suzy. Sudah lama saya tidak menjeguknya. Entah bagaimanalah keadaan beliau sekeluarga. Miss Suzy merupakan seorang guru, jiran dan rakan yang banyak membantu saya sewaktu menghabiskan pengajian beberapa tahun yang lalu. Beliau sentiasa mempunyai idea dan nasihat yang baik sepanjang tempoh kami berkawan. Walaupun pegangan kami berbeza itu tidak pernah membuatkan kami kekok bersahabat.


Miss Suzy kuat pegangannya. Setiap Ahad pasti beliau dan anaknya Steve akan ke gereja. Tidak cukup dengan itu Miss Suzy merupakan salah seorang orang kuat di gerejanya di Jalan Ampang. Selama kami berkawan sering juga beliau bertanya tentang Islam. Sayang, dulu saya sering teragak-agak memberi jawapan.Bukan kerana tidak pasti tetapi memang saya tak tahu. Masih teringat riak wajahnya yang kurang puas dengan jawapan-jawapan saya. Samada ianya diiyakan, simply ditidakkan tapi yang pasti sering dijawab dengan diam.


Hari itu saya tekad untuk berbual dan berbincang tentang pegangan kami berdua. Dari mana datangnya kekuatan, hanya Dia yang tahu. Bible di rumah saya belek perlahan. Beberapa buku tentang ajaran Kristian juga turut dibaca sebagai bahan rujukan. Takut-takut tersalah sebutan, dan canggung ketika perbincangan.

Seperti biasa Miss Suzy mesra menyambut saya. Teh susu kurang manis dihidang atas meja. Setelah bertanya khabar, saya yang beriya iya menceritakan pengalaman mempelajari kitabnya, Bible KJV. Satu persatu persoalan saya lontarkan. Nampak Miss Suzy kurang senang. Berulang kali beliau menyoal atas keperluan apa saya mempelajari agama anutannya.

"Why do you want to know the Bible?"

"Well..I decided to learn something about you..your belief"


beliau hanya diam dan menganggguk perlahan

"Some of us even attended invitations from various Churches. Just to have friendly dialogues"

"Where? How come I've never heard of this?"

"Ada... it's not so common here lah, tapi dekat overseas banyaklah friendly dialogues macam ni..one of the churches in PJ even prepared a small place for fellow muslims to pray before the session starts. cool ha?

Beliau diam.

"Do you know we have so many similarities?" Beliau mengangguk lalu menyambung

" I know the Quran adresses us as Ahlul Kitab..People of The Book."

Mendengar jawapan beliau, saya merasa lebih selesa untuk berkongsi apa yang telah saya pelajari sepanjang kursus 'Friendly Comparative Religion' beberapa hari sebelumnya. Saya cuba sedaya upaya untuk mengingat kembali ayat-ayat yang telah saya pelajari di dalam Kitab Bible versi KJV.

Jujur, saya banyak tersilap langkah. Saya terlalu cepat mempersoalkan isi kandungan kitab beliau. Kebanyakkan soalan berbaur sinis. Saya bertanyakan perihal wanita yang dianggap sebagai 'double polution' dan mengapa mereka tidak diizinkan berbicara di dalam gereja.

Riak wajah Ms Suzy berkerut dan nampak beliau kurang senang dengan soalan-soalan saya.

Sememangnya di dalam Al Quran, Allah telah pun mengajar strategi dakwah yang tersusun . Sayang saya tertinggal bahagian ini.

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik dan berdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu siapa yang sesat dari jalanNya dan dia lebih mengetahui akan golongan yang mendapat petunjuk.”
(An-Nahl : 125)


Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik kecuali golongan yang zalim di antara mereka.”
(Al-Ankabut : 46)

Saya masih ingat soalan terakhir mengenai Nabi saw. Tentang kedatangan baginda yang disebut-sebut di dalam Bible. Seakan terkejut Ms. Suzy laju menidakkannya.

"Could you please refer to 'King Soloman'? "

"Song of Solomon you mean?" balas beliau ringkas.

"Oh yes..Song of Solomon 5: 16

"Nop.. it's not in here" jawab Ms. Suzy selamba.

"it's in Hebrew not in English, his name (pbuh) is mentioned with the end letters IM. In Hebrew, The end letters IM is a plural of respect and grandeur. It is translated in English as 'altogether lovely' "

Beliau diam. Tiada respon.

Senyap Ms. Suzy tidak saya biarkan berpanjangan. Perihal Steve, anak tunggal Ms Suzy menjadi topik pilihan sekaligus 'penyelamat' pada petang itu. Alhamdulillah ianya membuahkan perbualan yang rancak.

Alhamdulillah.Saya sedikit lega. Saya tidak mahu kunjungan saya kerumahnya pada petang itu berakhir dengan suasana yang keruh. Saya mahu persahabatan kami tetap utuh walau perbezan pegangan sekalipun. Setelah meminta izin untuk pulang, Ms Suzy rupanya masih memikirkan topik awal kami. Beliau berjanji untuk membelikan Bible baru untuk saya. Versi NLT katanya.

Sepanjang perjalanan pulang, pesan Bro Lim (salah seorang penceramah program FCR kini IDT) berselang seli bermain di fikiran saya.

"Ingat you pergi bukan untuk menang". Ini bukan soal menang atau kalah. Ini bukan pertandingan!"

Pesan beliau saya semat ke dalam hati. Benar, soal akidah bukan boleh dipaksa paksa.

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus. (Surah Al Baqarah 256)

Selang beberapa hari, Ms Suzy menepati janjinya. Beliau menelefon memberitahu Bible versi NLT sudah ada di rumahnya. Beliau siap berpesan untuk membacanya word by word bermula dengan muka paling hadapan. Lekas lekas saya berterima kasih dan meminta diri untuk pulang .Tak sabar membeleknya.

Bible NLT dibelek perlahan sambil tangan saya menggaris beberapa ayat yang dikenalpasti sudah tidak sama dengan salinan KJV. Terdapat banyak ayat dan hukum telah diubah dan dipinda. Ini bukanlah yang pertama ..

Terlintas di benak saya, sungguh benarlah kata-kataNya di dalam Kitab Al Quran .

SubhanAllah..











Rumahtangga bukan gelanggang emosi



“Eleh dia tu bukan boleh buat apa…asyik-asyik saya saja yang uruskan segalanya”,nama saja ada bini!”

“Saya tak kisah kalau dia nak berkahwin lain, silakan, harta semua atas nama saya!”

Aduh! Panas telinga mendengarnya. suami isteri aib mengaib sesama sendiri. Trend barukah ini? Apa sudah jatuhkah nilai sesebuah rumahtangga? Takkanlah begitu rendah hingga mudah dicemar dengan kata-kata yang membingit telinga. Dilakukan pula dihadapan umum . Entah apalah objektifnya?

Kemana hilangnya rasa malu mereka? Dimana letaknya rasa empati terhadap pasangan?

“Biar semua orang dengar puasa hati saya! dengus seorang isteri.”

Persoalannya benarkah mereka ini puas dengan berbuat begini? Dari mana datangnya kepuasan hasil memalukan pasangan sendiri?

Nafsu?

Sudah pasti! Hanya dia yang selalu beria mengiyakan emosi

Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan (Surah Yusuf : 53)


Masih terngiang ngiang nasihat penceramah terkenal US Sheikh Husin Sattar ketika beliau menyentuh bab alam rumahtangga. "Berhati-hatilah dengan pasangan yang tatkala satu kesalahan yang anda lakukan diungkitnya kesalahan itu seolah-olah anda tidak pernah membuat satu kebaikan pun sepanjang bersamanya.

Saya tersentak mendengarnya. Apa pernah saya mengaibkan suami di hadapan umum? Atau apa pernah si suami melakukannya?. Seingat saya, Nik selalu sebaik mungkin menjaga perasaan saya. Aduh macamana ni? Pernahkah saya?


Memang pernah kami tersasar. Beradu emosi di gelanggang! Mujur tidak dihadapan umum. Namun hasilnya tetap mengecewakan. Tiada juara, Tiada pula yang tumbang!

Kami berhenti setakat itu. ‘Huish! Tak mau ulang lagi”

Sebagai isteri saya cuba untuk sentiasa mengingatkan suami agar jangan berhenti menunjuk ajar dan menegur kesalahan saya, tapi biarlah ianya dilakukan dalam bentuk nasihat. Sesungguhnya manusia itu fitrahnya cintakan kepada kebaikan dan kelembutan. Saya juga mengingatkan diri akan perkara yang sama. Barulah fair!

“Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Dia Menyukai kelembutan dalam segala urusan”

Saya yakin, setiap pasangan pasti tidak terlepas dari salah faham. Hubungan tanpa salah faham adalah suatu yang tidak normal. Kaku dan keras dari toleransi dan perbincangan.
Komunikasi merupakan salah satu 'tools' utama kejayaan setiap hubungan. Secara peribadi, saya sangat menyarankan setiap kita untuk mempelajari dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Tambahan lagi pada ketika masing-masing sedang 'panas'. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik bisa mengundang bala di dalam sesebuah hubungan. Dari bahasa tubuh hinggalah ke intonasi semuanya perlu dititikberatkan. Hormat menghormati, mempercayai pasangan, bertolak ansur dan SABAR adalah rencah yang wajib ada dalam setiap hubungan.
Perkara ini semuanya sudah diajar oleh Baginda Nabi saw. Kebijaksanaan Baginda dalam menangani isu rumahtangga wajib diteladani setiap mereka yang bergelar suami. Isteri juga perlu belajar untuk tidak mudah melenting dan melulu. Ya! jangan kita terlalu emosi. Contohilah Khadijah, wanita besi yang berjiwa halus.Barulah hidup bisa harmoni.



Saya sendiri sangat suka merujuk pada tulisan Ustaz Pahrol dalam memahami konsep hubungan suami-isteri. Bahasanya lunak, simple dan mudah 'dihadam'. Cukup banyak asam garam dan rencah penting yang perlu ada dalam menjalani hidup bersama diselit di dalamnya. Banyak tips dan nasihat beliau yang cuba saya adun dalam perkahwinan kami. Walau tak semua, sudah dapat rasa bibit-bibit manisnya.

Saya doakan mudah-mudahan anda juga memperoleh kebaikan dari membacanya.

Sekadar 2 sen dari saya untuk kali ini!












zikir pelega hati



Kasihan Nik,dari tadi nasihatnya supaya jangan memanaskan murtabak frozen di dalam microwave kurang saya perhatikan.

"bahaya tu you buat food macam tu"

Sibuk menyediakan makan malam, kata-kata si suami kurang diberi tumpuan. Kelam kabut saya dan Su menyiapkan cicah murtabak pemberian Mommy. Menyesal pulak rasanya simpan murtabak dalam freezer yang boleh 'membatukan' apa saja makanan dalam sehari.

"Eh sikit aje you makan..kenapa? "

"Takut I nak makan". jawab suami ringkas

"Bacteria?"

Diam si suami, fahamlah saya dia sedikit kecewa. Sememangnya makanan jika disediakan sembarangan memang boleh membiakkan bakteria.Hmm.. berguna juga info di Asian Food channel yang ditonton tempoh hari. Patutlah sikit saja dijamahnya. Sebagai isteri saya kasihan dan menjadi serba salah melihat suami dalam keadaan lapar begitu. Sebentar lagi dia sudah nak ke surau. Bagaimana ya? Lauk besok baru ingat nak order. Aduuh..

Dalam dok risau , telinga saya terus asyik melayan alunan zikir Allahyarham Ustaz Asri. "MasyAllah, sudah meninggal dunia pun masih banyak manfaat dan jasa beliau di dunia, saya yang masih hidup ni, apalah salahnya cuba untuk banyak berjasa. Ya Allah aku mahu menjadi seorang yang banyak manfaatnya."

Cepat-cepat saya bingkas ke dapur mencapai apa yang ada. Haa ni ada kari ....Mujurlah ada jiran yang baik hati menghantar kari daging lebihan kenduri cukur jambul petang tadi.

Roti jala!

Roti jala kalau dicicah dengan kari memang best. Laju tangan saya menyelak almari makanan. Alhamdulillah! mujur tepung gandum dan baking soda ada.Alhamdulillah, betapa lega hati saya dapat menggembirakan hati suami malam ini. Biarpun kelam kabut dan berpeluh satu badan mengirainya, saya puas!

SubhanAllah. ziikir alunan Allahyarham sebentar tadi benar-benar membuatkan saya bersemangat untuk meyumbang walau sekadar 2 sen pada suami hari ini.

Ya Allah, Engkau tempatkanlah ustaz Asri dikalangan hambaMu yang banyak manfaatnya, yang tekun dan ikhlas dalam beribadah kepadaMu....
Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain
(HR. Bukhari).

Cukup ya..hanya 2 sen untuk kali ini