Sunday, August 16, 2009

Kenapa Nak Tau?





Hari itu saya kuatkan hati untuk mengunjungi Miss Suzy. Sudah lama saya tidak menjeguknya. Entah bagaimanalah keadaan beliau sekeluarga. Miss Suzy merupakan seorang guru, jiran dan rakan yang banyak membantu saya sewaktu menghabiskan pengajian beberapa tahun yang lalu. Beliau sentiasa mempunyai idea dan nasihat yang baik sepanjang tempoh kami berkawan. Walaupun pegangan kami berbeza itu tidak pernah membuatkan kami kekok bersahabat.


Miss Suzy kuat pegangannya. Setiap Ahad pasti beliau dan anaknya Steve akan ke gereja. Tidak cukup dengan itu Miss Suzy merupakan salah seorang orang kuat di gerejanya di Jalan Ampang. Selama kami berkawan sering juga beliau bertanya tentang Islam. Sayang, dulu saya sering teragak-agak memberi jawapan.Bukan kerana tidak pasti tetapi memang saya tak tahu. Masih teringat riak wajahnya yang kurang puas dengan jawapan-jawapan saya. Samada ianya diiyakan, simply ditidakkan tapi yang pasti sering dijawab dengan diam.


Hari itu saya tekad untuk berbual dan berbincang tentang pegangan kami berdua. Dari mana datangnya kekuatan, hanya Dia yang tahu. Bible di rumah saya belek perlahan. Beberapa buku tentang ajaran Kristian juga turut dibaca sebagai bahan rujukan. Takut-takut tersalah sebutan, dan canggung ketika perbincangan.

Seperti biasa Miss Suzy mesra menyambut saya. Teh susu kurang manis dihidang atas meja. Setelah bertanya khabar, saya yang beriya iya menceritakan pengalaman mempelajari kitabnya, Bible KJV. Satu persatu persoalan saya lontarkan. Nampak Miss Suzy kurang senang. Berulang kali beliau menyoal atas keperluan apa saya mempelajari agama anutannya.

"Why do you want to know the Bible?"

"Well..I decided to learn something about you..your belief"


beliau hanya diam dan menganggguk perlahan

"Some of us even attended invitations from various Churches. Just to have friendly dialogues"

"Where? How come I've never heard of this?"

"Ada... it's not so common here lah, tapi dekat overseas banyaklah friendly dialogues macam ni..one of the churches in PJ even prepared a small place for fellow muslims to pray before the session starts. cool ha?

Beliau diam.

"Do you know we have so many similarities?" Beliau mengangguk lalu menyambung

" I know the Quran adresses us as Ahlul Kitab..People of The Book."

Mendengar jawapan beliau, saya merasa lebih selesa untuk berkongsi apa yang telah saya pelajari sepanjang kursus 'Friendly Comparative Religion' beberapa hari sebelumnya. Saya cuba sedaya upaya untuk mengingat kembali ayat-ayat yang telah saya pelajari di dalam Kitab Bible versi KJV.

Jujur, saya banyak tersilap langkah. Saya terlalu cepat mempersoalkan isi kandungan kitab beliau. Kebanyakkan soalan berbaur sinis. Saya bertanyakan perihal wanita yang dianggap sebagai 'double polution' dan mengapa mereka tidak diizinkan berbicara di dalam gereja.

Riak wajah Ms Suzy berkerut dan nampak beliau kurang senang dengan soalan-soalan saya.

Sememangnya di dalam Al Quran, Allah telah pun mengajar strategi dakwah yang tersusun . Sayang saya tertinggal bahagian ini.

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik dan berdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu siapa yang sesat dari jalanNya dan dia lebih mengetahui akan golongan yang mendapat petunjuk.”
(An-Nahl : 125)


Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik kecuali golongan yang zalim di antara mereka.”
(Al-Ankabut : 46)

Saya masih ingat soalan terakhir mengenai Nabi saw. Tentang kedatangan baginda yang disebut-sebut di dalam Bible. Seakan terkejut Ms. Suzy laju menidakkannya.

"Could you please refer to 'King Soloman'? "

"Song of Solomon you mean?" balas beliau ringkas.

"Oh yes..Song of Solomon 5: 16

"Nop.. it's not in here" jawab Ms. Suzy selamba.

"it's in Hebrew not in English, his name (pbuh) is mentioned with the end letters IM. In Hebrew, The end letters IM is a plural of respect and grandeur. It is translated in English as 'altogether lovely' "

Beliau diam. Tiada respon.

Senyap Ms. Suzy tidak saya biarkan berpanjangan. Perihal Steve, anak tunggal Ms Suzy menjadi topik pilihan sekaligus 'penyelamat' pada petang itu. Alhamdulillah ianya membuahkan perbualan yang rancak.

Alhamdulillah.Saya sedikit lega. Saya tidak mahu kunjungan saya kerumahnya pada petang itu berakhir dengan suasana yang keruh. Saya mahu persahabatan kami tetap utuh walau perbezan pegangan sekalipun. Setelah meminta izin untuk pulang, Ms Suzy rupanya masih memikirkan topik awal kami. Beliau berjanji untuk membelikan Bible baru untuk saya. Versi NLT katanya.

Sepanjang perjalanan pulang, pesan Bro Lim (salah seorang penceramah program FCR kini IDT) berselang seli bermain di fikiran saya.

"Ingat you pergi bukan untuk menang". Ini bukan soal menang atau kalah. Ini bukan pertandingan!"

Pesan beliau saya semat ke dalam hati. Benar, soal akidah bukan boleh dipaksa paksa.

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus. (Surah Al Baqarah 256)

Selang beberapa hari, Ms Suzy menepati janjinya. Beliau menelefon memberitahu Bible versi NLT sudah ada di rumahnya. Beliau siap berpesan untuk membacanya word by word bermula dengan muka paling hadapan. Lekas lekas saya berterima kasih dan meminta diri untuk pulang .Tak sabar membeleknya.

Bible NLT dibelek perlahan sambil tangan saya menggaris beberapa ayat yang dikenalpasti sudah tidak sama dengan salinan KJV. Terdapat banyak ayat dan hukum telah diubah dan dipinda. Ini bukanlah yang pertama ..

Terlintas di benak saya, sungguh benarlah kata-kataNya di dalam Kitab Al Quran .

SubhanAllah..











No comments:

Post a Comment