Sunday, August 16, 2009

zikir pelega hati



Kasihan Nik,dari tadi nasihatnya supaya jangan memanaskan murtabak frozen di dalam microwave kurang saya perhatikan.

"bahaya tu you buat food macam tu"

Sibuk menyediakan makan malam, kata-kata si suami kurang diberi tumpuan. Kelam kabut saya dan Su menyiapkan cicah murtabak pemberian Mommy. Menyesal pulak rasanya simpan murtabak dalam freezer yang boleh 'membatukan' apa saja makanan dalam sehari.

"Eh sikit aje you makan..kenapa? "

"Takut I nak makan". jawab suami ringkas

"Bacteria?"

Diam si suami, fahamlah saya dia sedikit kecewa. Sememangnya makanan jika disediakan sembarangan memang boleh membiakkan bakteria.Hmm.. berguna juga info di Asian Food channel yang ditonton tempoh hari. Patutlah sikit saja dijamahnya. Sebagai isteri saya kasihan dan menjadi serba salah melihat suami dalam keadaan lapar begitu. Sebentar lagi dia sudah nak ke surau. Bagaimana ya? Lauk besok baru ingat nak order. Aduuh..

Dalam dok risau , telinga saya terus asyik melayan alunan zikir Allahyarham Ustaz Asri. "MasyAllah, sudah meninggal dunia pun masih banyak manfaat dan jasa beliau di dunia, saya yang masih hidup ni, apalah salahnya cuba untuk banyak berjasa. Ya Allah aku mahu menjadi seorang yang banyak manfaatnya."

Cepat-cepat saya bingkas ke dapur mencapai apa yang ada. Haa ni ada kari ....Mujurlah ada jiran yang baik hati menghantar kari daging lebihan kenduri cukur jambul petang tadi.

Roti jala!

Roti jala kalau dicicah dengan kari memang best. Laju tangan saya menyelak almari makanan. Alhamdulillah! mujur tepung gandum dan baking soda ada.Alhamdulillah, betapa lega hati saya dapat menggembirakan hati suami malam ini. Biarpun kelam kabut dan berpeluh satu badan mengirainya, saya puas!

SubhanAllah. ziikir alunan Allahyarham sebentar tadi benar-benar membuatkan saya bersemangat untuk meyumbang walau sekadar 2 sen pada suami hari ini.

Ya Allah, Engkau tempatkanlah ustaz Asri dikalangan hambaMu yang banyak manfaatnya, yang tekun dan ikhlas dalam beribadah kepadaMu....
Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain
(HR. Bukhari).

Cukup ya..hanya 2 sen untuk kali ini




No comments:

Post a Comment